baiklah... sila abaikan intro aku yang mengarut tu... biar aku justify everything supaya tiada persoalan yang terbuku di hati masing2.. macam ni ceritanya kawa2, dah nama pun awal sem... rutin makan-tidur-nengok tb aku dah bertukar kepada assignment-kuliah-boring... kira kalau aku sempat online tu pun sebab aku curi time aku buat assignment... begitu busy sekali aku... maka aku menyeru kepada rakyat jelata untuk mengundi aku sebagai next prime minister kerana komitmen yang telah aku berikan... terima kasih jugak buat mr. abah dgn mrs. emak kerana memberi full support... peminat2... jiran tetangga dan ahli2 perpustakaan awam bandar tenggara kerana memberi saya peluang seperti ini....
aku
mak ai!!! punyalah 'innocent' muka aku time tu... berbeza betul dengan time sekarang... i mean in term of kematangan aku leerr... sambil aku dok belek2 tu... sambil tu jugaklah memori2 lama menjengah mindaku (bahasa melayu semakin luar biasa nampaknya)... dah macam cerita hindustan punya flashback pun ada gak... tapi siyes la... aku rindu time sekolah aku... banyak benda mengajar aku... kira dalam masa 5 tahun aku kat sekolah menengah tu aku rasa masa aku form3 la paling best... sebab dormates aku gila gempak!!! aku still ingatlah time tu dorm kita orang paling complete dari form 1 sampai form 5... masa tu budak form 4 dengan form 5 tak ramai... ala2 sekadar cukup buat tahi gigi la orang kata... lagi budak lelaki... sekolah aku dulu budak sikit... nak capai 400 pun payah... tunggu menang award baru mak bapak buka hati nak hantar anak dia orang kat situ kot... tapi dari apa aku dengar sekarang, ramai yang merayu nak masuk situ... yelah, dah famous baru orang bukak mata... balik pada cerita dormates aku tadi... hostel kita orang ni sangat selesa la bagi aku... sebab dorm pakai single bed... paling ramai 1 dorm 7 orang (sepatutnya 8 orang)... bilik air+bilik basuh+jamban semua dah provide dalam dorm masing2... punyalah heaven time kat hostel tu dulu... banyak beza gak la dengan keadaan kat ipba... jadi nak jadikan cerita dormates aku masa tu abang paan (form 5), tam (form 4), aku sendiri masa tu form 3, iwan (form 2), ayip (form 2), raf (form 1), acap (form 1)... hah... cukup tak pakej??? kira untung la time tu... ada abang2 nak minta buatkan homework... adik2 nak suruh basuh baju... hmmm, otai tak aku time tu??? yang paling bestnya senior time tu abang paan berjayalah membuatkan dorm kita orang aman dan harmoni... masing2 boleh bertolak ansur... dan yang paling gempak sekali hampir 3 bulan gak dorm kita orang pegang piala dorm terbersih mingguan... kembang kuncup hidung aku time ambil piala... siapa kata dorm budak lelaki macam tongkah pecah??? meh sini aku jotos kepala korang... hakikatnya budak lelaki ni tak banyak masa... banyak lagi aktiviti sosial yang kena buat... kalau seminggu dapat bersihkan dorm sekali tu pun dah kira terbaik la...
kalau nak ikutkan, perangai sorang2 time memang la macam setan tapi... somehow kita orang boleh ngam each other la... tu yang paling best... pastu time form 4 pulak, tahun yang paling banyak aku tak masuk kelas... aktif gila la kononya... nasib baik sekolah tak pakai credit hour punya sistem... kalau tak, sah2 la aku tak boleh ambil exam... mase tu aku join kelab tunas bistari... kat negeri lain orang lain program usahawan muda la... special nya kat johor ni, kelab ni under johor corpration... owner kepada kfc... so tiap2 kali kursus or event memang ngadap kfc la kita orang... kelab ni bergerak secara aktif setiap bulan... tu yang busy... ada je event, pertandingan dengan kursus yang dia orang organise... best aktiviti dia orang... dan sebab kelab ni lah aku start jatuh hati kat business!!! cayalah.....
No comments:
Post a Comment