Friday, April 6, 2012

[.perangkap.]


Aku melalui hari semalam tanpa menoleh waima sekilas. Mata tertumpu ke hadapan. Imaginasi mengorak langkah mengawal minda. Jasad entah ke mana... sekadar menurut kata hati... yang tak pasti. Medulla oblongta gagal mengawal perasaan sewajarnya. Hati kalut sendiri. Jiwa dan jasad terbawa-bawa emosi. Ini semua sampah! Kenapa hendak menilai manusia dari butir kata yang hasad? Entah apa yang merasuk, melawan dan mengagalkan manusia dari menjadi MANUSIA yang hilang perinya? Jangan hendak meyelak aib orang kalau diri sendiri tidak tertutup malunya... Hidup kadang-kadang kena berani menongkah arus... Meski deras airnya atau dalam arusnya, kita kena berani untuk melangkah ke hadapan. Jangan biarkan apa anasirpun menganggu kerana hari ESOK masih ada....

1 comment:

  1. ada baiknya terus melangkah dr menghiraukan apa jua perkara yg cuba menghalang. terus berani melangkah dan melangkah.

    ReplyDelete