Thursday, January 26, 2012

[.2012.]

Tahun ni, spacioussplicesparsely terpaksa membuat pembedahan plastik. Mahu ubah angin, ubah citarasa. Mungkin ingin berhijrah tampuk yang lama. Ada orang kata lebih baik buang yang keruh ambil yang jernih. Siapa tak nak bahagia? Semoga 2012 ini membuka satu lembaran yang baru dalam hidup. Bertambah amalnya, ditetapkan imannya dan bertambah ilmunya. Yang pasti kali ini Hitam menjadi subjek. Bukankah hitam itu menawan?

Friday, January 13, 2012

[.token.]

terima kasih untuk setin air kopi yang dibru. Rasanya hebat. Aku terima tanda perdamaian.

Tuesday, January 10, 2012

[.Kalaulah...]

Kalaulah semuanya boleh jadi mudah dan senang. Kalaulah semuanya menjadi pertimbangan. Kenapa melihat kesalahan dari satu sisi. Bukankah resmi manusia itu melakukan kesilapan. Kerana itu kita belajar dari kesilapan. Jangan semudah itu untuk menghukum manusia. Ingat. Hidup ada pasang dan surutnya, ada atas dan bawahnya. Cubala letak diri kita di dalam kasut orang lain. Selami dan fahami bahawa fitrah manusia itu berpasangan. Hatinya kadang kala terlalu keras dan kadang pula terlalu rapuh untuk disentuh. Prinsip hidup ini mudah. Jika kita tidak mahu dilambung ombak, jangan berumah ditepi pantai. Hakikatnya hati manusia boleh, jangan kerana kita mengubah nilai kemanusiaan seseorang.

Menyingkap isi hati dari sudut berbeza. Malam yang terlalu dingin untuk sekeping hati!

Friday, November 18, 2011

[.definisi.]

lumrah manusia itu mudah. tapi kita cuba untuk exploitasi sehingga menjadi sesuatu unit yang rumit. hidup itu kita yang corakkan. walau bagaimana kelam warnanya kita cuba untuk mencalit dengan warna-warna pelangi. cukuplah dengan HIPOKRISI dan PEMBOHONGAN. tak salah kalau jadi diri sendiri.... :)

Wednesday, November 2, 2011

[.merangkak.]

memang mudah untuk kita gapai awan jika kita berada di puncak. tapi kita lupa masih ada yang 'merangkak' di bawah sana. meraba-raba pasir mencari sebutir permata. entahkan dapat entahkan tidak. tatkala memandang mereka takut untuk mendongak terlalu tinggi, takut nanti terkena silau cahaya. tapi cahaya itu tidak selalunya ada kerana hidup ini kadangkala dilselubungi gelapnya mendung. mungkin kita perlu sedar dan 'bersyukur'. sejuknya puncak ini bukan untuk selama-lamanya.

Saturday, September 17, 2011

[.monologue.]

aku sudah penat  'terlukis' dalam potret sendiri. menjejak satu irama yang bukan aku lagunya. melintasi jalan-jalan malam, dan aku bukan neonnya...

keluhan demi keluhan terbit dari hati kecil ini, entahlah... aku bagaikan terperangkap dalam dunia yang tidak pernah aku impikan.

aku letih dan semakin tenat. aku bukan lagi aku yang seperti dulu. HIPOKRIT. istilah yang mungkin tepat untuk aku...aku inginkan kehidupan lama. bebas merenung awan. bagaikan aku bisa terbang sendiri di langit Tuhan yang serba luas. kalaulah aku dapat jadi seperti dulu...

tapi ini jalan yang kau pilih!

ya, jalan yang aku pilih tapi itu bukan yang aku dapat. aku terpaksa demi cita-cita.

kau menyesal? tiada jalan untuk kau berpatah balik. ini yang kau pilih. dan kau berada ditengah impian kau.

kalaulah aku dapat memutar masa...

belum tentu! tak semudah itu. salahkah kalau kau menjadi kuat. bagaikan pepasir di tepi lautan yang sentiasa teguh meski dilanda badai?

aku tidak sekuat itu! aku lemah! aku tewas dalam menggapai cita-citaku sendiri!

kau mampu. yakin dengan diri sendiri itu kunci utama dalam megejar kejayaan. buktinya kau sudah ditahap ini. insan lain belum tentu berjaya hingga tahap ini.

aku dah tak larat. mungkin ini titik noktah buat segalanya. jika mereka tahu betapa aku impukan kehidupan yang dulu.

kau mesti kuat!

mesti kuat!

dan kuat!

seandainya.... kuatkanlah hati ini Tuhan...

setelah sekian lama tintaku berbahasa mereka.