Wednesday, April 4, 2012

[.Teater Musikal: Gerimis Mengundang 2012.]


'Aku sedar, setiap persimpanagan itu aku harus memilih antaranya. Manusia tidak pernah dapat kesemuanya, kerana kita perlu membuat pilihan...' (TMGM, 2012)


'... kurenung kisah kita,
kekosongan antara inti dunia...
airmata dan tawa buat kita berbalah,
rindu terwujud segala yang indah...' (Cinta)

'... biarlah rasa rindu itu menyelubungi,
saat aku sudah tiada lagi,
kerana cinta itu amat luar biasa,
saat tiada dunia baru terasa...' (Zamani)


Satu perolahan cerita yang agak 'cliche'. Merungkai satu lagi norma-norma masyarakat kita. Sedikit kritikan masyarakat diselitkan sebagai salah satu penyerapan nilai-nilai murni yang terkandung dalam naskan musikal romantis ini. Sekalung ucapan tahniah buat produksi TMGM atasa penghasilan karya yang agak menarik untuk disajikan kepada masyarakat. Mungkin umum suda jemu atau jelik dengan santapan harian yang berbentuk cinta, khianat, persahabatan dan masalah sosial remaja. Isu-isu seperti ini bagaikan tidak pernah mati dari kehidupan kita. Namun penambahbaikan boleh dilakukan. Beberapa aspek harus dititik beratkan agar naskah ini bukan sahaja agung pada nama, tetapi pada isinya. Biarkan umum merasai, menjamah sesuatu yang segar buat sajian minda. Plot cerita boleh dicalitkan sedikit dengan sesuatu yang luar dari kebiasaan kita. Pujian harus diberikan kepada kru-kru yang terlibat, pelakon yang sememangnya punya bakat yang luar biasa, betapa agungnya ciptaan Illahi. Tahniah kerana buat penonton tidak kering gusi sepanajang menikmati naskah ini. Semoga, Malaysia dapat melahirkan naskah-naskah yang bermutu buat industri hiburan khususnya.


Terima kasih kepada produksi yang memberikan ruang untuk aku menterjemah Teater Musikal 'Gerimis Mengundang' dari sudut pandangan manusia kecil seperti aku. Terima kasih kepada rabiatuladawiyah.com atas jasa baik anda memberikan saya peluang yang cukup bermakna. Terima kasih semua...

Thursday, March 8, 2012

[.Rahsia.]

Ada satu tirai yang membalut semalam. Menyimpan satu cerita yang tidak ketahuan. Kisahnya berlatar belakangkan hitam. Plotnya malap, pelakonnya bertelanjangkan watak. Tiada siapa yang dapat meyelak tirai itu. Bagai ada besi yang melingkar merantai. Ceritanya masih tersimpan, kerana semalam terlalu pahit untuk diolah dengan kata-kata. Kebenarannya terlalu perit untuk disingkap. Sakitnya bagai ada duri yang menikam hingga sakit yang kepalang. Tapi siapa tahu disebalik semalam. Ceritanya bukan terlalu indah untuk didongengkan. Bukan terlalu manis untuk dipentaskan. Kesahihannya meragukan apatah lagi mengais kebenaran. Mungkin ada eloknya tirai itu membalut rapi semalam. Agar esok kita membuka lembaran baru. Biar semalam menjadi semalam...

Monday, February 20, 2012

[.saksi.]

"Malam ini terlalu indah sayang."
"Benar... bintang terang dalam malap."
"Mungkin bintang mahu menjadi saksi kita."
"Aaaahhhhhh! Indahnya!"
"Ayuh buktikan cinta kita!"
"Baiklah! Bayu malam ini terlalu dingin untuk disiakan..."

... dan malam terus berlalu. Mungkin seisi hutan terus hidup dan aktif mengitar kitaran ekosistem. Disatu sudut yang lain sang teruna dan dara terlalu asyik meraih cinta palsu. Cinta yang beralaskan nafsu berdindingkan dosa. Tiada pula rasa malu waima aib kepada makhluk Tuhan yang lainnya. Apatah lagi kepada Pencipta mereka sendiri. Mereka terlalu leka menjamah syurga dunia. Alpa dengan bisikan-bisikan halus pihak ke tiga. Membuktikan cinta katanya! Terlalu nipis iman itu. Dan nanti lahirlah insan yang tidak berdosa. Betapa kecilnya pemikiran manusia.

Ya Allah, kau jauhkanlah kami dari benda-benda yang kau murkai, tetapkanlah iman kami, dekatkanlah kami ke jalan Mu ya Allah. Kau selamatkanlah akidah umat Islam yang lain...

AMIN

Monday, February 13, 2012

[.caci maki.]


... awak kurang berfikir!
Penulisan yang teruk! Tidak kritikal!
Semuanya tidak relevan, tidak memenuhi kriteria!
Cakap banyak, tapi dalam KOSONG! KOSONG!

Terlalu penat meratah dan menjamah kata-kata hitam yang terlalu tragis untuk ditelan. Pahit itu pasti, tapi aku cuba telan perlahan-lahan. Meski kerongku meronta-ronta kesakitan. Tapi kerana rasa HORMAT, aku teruskan. Perih untuk aku yang seketul tanah yang berlumpur sedang anda diktator yang berada gah di atas sana. Menjadi kamus yang lain. Dibangga-banggakan. Jangan risau, aku tidak haus untuk nama. Telah banyak kata-kata anda yang aku hadamkan. Aku belajar untuk menerima seadanya. Mungkin aku terlalu busuk untuk anda hidu hinggakan tiap perilakuku ditolak mentah-mentah. Resmi bagi aku seorang gelandangan yang kehausan ilmu. Kenapa tidak anda bimbing? Pimpin tangan hina ini ke jalanya. Ya, aku lupa diri aku terlalu kotor untuk dipimpin. Gusar nanti comot tangan-tangan yang bersih itu.

Akan aku cuba untuk hadam sedikit demi sedikit. Meski sakit, aku bukan yang mudah mengalah. Jalan aku masih jauh. Aku masih boleh merangkak sendirian. Sang Pencipta sentiasa bersama aku. Aku tidak memerlukan insan yang hanya memintas jalan. Menghalang perjalanan ini. 

Jangan risau, aku tidak mati menelan caci maki. Hanya Tuhan tahu jalanku, masa depanku... Selesa hidup dengan cara sendiri...

[.Hipokrasi atau Manipulasi.]


Dia nampak hebat!
Oh! dialah jutawan yang terkemuka itu...
...yang dalam Forbes itu berpengaruh besar!
Memang dialah pemimpin yang saksama, memerintah untuk perintah.

Kesamaran itu memang malap. Tidak jelas. Kadang membuat kita teraba-raba, mencari isi dan nyatanya. Pabila dapat kita capai, tidak terlangkau pula tujunya. Ruang itu terlalu sempit untuk diterjemah kerana aku bukan peramal masa depan. Tapi yang jelas, aku tahu setiap baris dan kata itu palsu! puraism! mentah! sudah terang-terangan tidak dapat diterima oleh kewarasan manusia normal. Belum dikira berapa banyak cerita dari kayangan yang kau sampaikan. Katanya itu kiriman dari syurga! Shitt! Kau bukan Tuhan untuk menagih kepercayaan aku.

Abnormal itu lumrah, tapi bukan sebodoh-bodoh manusia untuk semudah mengunyah dan menelan setiap baris kata-kata. Pendirian itu ibarat besi yang kuat. Meski api menyambar dia masih bisa berjisim teguh. Sayang kalau minda tidak selaras dengan kewarasa. Bukan hidup di dalam badan sendiri, tapi bangkai yang sudah mati.

Wednesday, February 1, 2012

[.delirium.]

Suara itu masih terngiang-ngiang. Ya! Makin jelas. Atau itu hanya sekadar bisikan? Aku nampak ada bayang-bayang di belakang. Mengekori. Dia nampak hebat meski berlindung di sebalik kegelapan. Peluh jantan penuh membasah seluruh tubuh. Tangan, kaki serta anggota yang lainnya menggigil. Adakah aku ketakutan atau panas malam memberi kesan kepada sistem perkumuhan tubuhku...

Bayang-bayang tadi makin membesar. Bukan! Mereka jadi lebih banyak. Kanan, kiri, belakang... Ya, mereka ada banyak. Aku terus berlari dengan pantas, tidak mahu menoleh ke belakang. Aku semakin laju meninggalkan mereka. Aku yakin aku telah meninggalkan mereka, bayang-bayang yang keji dan jahat! Aku tak mahu terus diekori.


Damn! I'm having delirium! The effect of metabolic cause.